Wednesday 3 August 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AL-HILMI AGROFARM DAN KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH 27 JULAI 2011

LAWATAN DI LADANG AL-HILMI AGROFARM

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua peserta mendapat manfaat dari lawatan ini.

Terima kasih kepada Tn Hj Ruslan bin Madon, Guru Besar atas sokongan dan bantuan kepada kami dan anak didiknya. Tidak lupa kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi kelulusan.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada Dato' Ahmad Faris dan Datin Raja Azlina kerana memberi kebenaran untuk melawat ladang Al-Hilmi Agrofarm. Semua murid begitu seronok melawat dan belajar tentang bidang penternakan kambing.

Hidangan sup kambing yang special menjadi memori kepada semua peserta lawatan. Insya-Allah, jika ada rezeki lagi, kami akan melawat lagi pada masa yang akan datang.

LAWATAN KOLAM AIR PANAS SUNGAI KLAH

Pada kali ini, nasib kami kurang baik. Hanya kolam air panas yang dibuka. Kolam air sejuk diselenggara. Kami mandi di kolam oir panas. Kemudian kami merebus telur di ditempat yang ditetapkan. Keseronokan terserlah apabila semua murid dapat makan telur yang direbus dalam air panas.

HENTIAN JEJANTAS SUNGAI BULUH

Selesai solat asar, semua murid makan petang di KFC. Alhamdulillah murid berpuas hati dengan makan yang disediakan walaupun masa menunggu agak lama sedikit.


Bagi pihak Unit Kokurikulum SK Setiawangsa, Kuala Lumpur, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program lawatan sambil belajar ini.





























































































No comments: