Wednesday 31 December 2008

MAJLIS KAHWIN NATASYA DAN HALIM


























SAMBUTAN HARI JADI IRFAN YANG KE-7 DI PIZZA HUT ULU KELANG


Keluargaku yang tercinta...



Irfan dah kenyang ke?



Gaya Irsyad



Irsyad nak pegang kamera.



Irsyad gigit sudu.



Comelnya...



Irsyad suka makan sup...


Ummm sedapnya...



Ikhwan juga suka sup...


Irfan sedang berfikir...



Sedapnya sup... sampai Irfan terpejam mata...



Seleranya Irsyad... Bagusnya Umi...


Ikhwan dah semakin matang...



Irfan memang pandai. Papa ucapkan selamat hari jadi. Semoga Irfan menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.



Comelnya Irsyad....



Irsyad sedang komen sup yang dia makan.

MAJLIS PERKAHWINAN RIDUAN DAN AZWANA


Pemain veteran yang profesional.


Ridzuan:Bila nak kahwin?
Ehzam:Esok, lusa, ... insyaallah...


Zul: He he he
Ridzuan : Mmmmmm


Tengah tunggu ayam hutan.


Wan Rosli senyum sungguh menawan.




Tahniah! Selamat pengantin baru diucapkan kepada Ridzuan dan Azwana. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.



Pasangan yang sama cantik, sama padan.


Break kejap sebab tak tahan nak sedut...


Bergambar bersama pengantin.



Berehat di tepi Lebuhraya Karak. Hanizu comel la.

TINJAUAN HARI KELUARGA SKS BAGAN LALANG, SEPANG

Salam sejahtera.

Hari ini kami mesyuarat Kokurikulum,saya, Ehzam, Zamzami dan Norzeri ke Bagan Lalang, Sepang untuk meninjau kawasan peranginan. Tujuan kami ialah untuk mendapatkan maklumat tentang kemudahan chalet dan aktiviti yang boleh dijalankan di sana untuk Hari Keluarga SKS 2009.

Dengan penuh semangat dan rasa teruja, dek kerana cerita dari Norzeri, kami tergerak hati ke sana. Kami bertolak lebih kurang pukul 3.30 petang dengan kereta Eastar Norzeri. Boleh tahan juga kereta tu. Best sungguh.

Sampai aje di sana (Bagan Lalang), kami menunaikan solat asar berjemaah di surau. Kemudahan agak baik. Ramai orang datang ke sana untuk menikmati keindahan pantai dan bersantai bersama-sama dengan keluarga.

Sambil menyedut angin pantai yang segar, kami segera ke Resort Persatuan Nelayan Bagan Lalang. Di sana kami berjumpa dengan seorang pegawai bertugas. Setelah meninjau beberapa minit, kami beredar ke pantai.

Kemudian, kami terus ke gerai menjual ikan-ikan segar berhampiran restorang terapung. Di sana kami sempat meninjau gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis ikan dan sotong. Akhirnya kami singgah di sebuah restoran yang gak popular sebelah malamnya. Kami minum sambil menikmati pemandangan yang indah di tepi laut.

Lebih kurang jam 6.30 petang, kami bertolak ke Lukut, Negeri Sembilan yang terletak kira-kiran 30 km dari Bagan Lalang. Kami tiba di sana lebih kurang pukul 7.20 malam. Setelah membayar RM3 seorang, kami terus memancing. Tangkapan agak baik. Lebih kurang pukul 8.30 malam, Wan Rosli, Ustaz Shauki dan Ustaz Kamaruddin sampai. Mereka terus menyertai kami untuk menawan ikan gelama. Alhamdullillah, masing-masing menunjukkan keboleh yang tersendiri.

Lebih kurang jam 10.01 malam saya, Ehzam, Zamzami dan Norzeri bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Kalau ikut kata hati, kami belum puas memancing. Namun, permit yang kami dapat hanya sehingga pukul 10.00 sahaja. Nak tahu yang lebih lanjut, sila tanya Cikgu Norzeri. Kami terpaksa akur dengan perjanjian.

Ada beberapa peristiwa bersejarah hari ini sebagai menutup tirai 2008:-

  1. Saya sudah mula menepati masa. Petang tadi, saya datang awal berbanding rakan-rakan yang lain. Kalau sebelum ini rakan yang tunggu saya, kali ini saya yang tunggu mereka. Tak kisahlah. Saya ok aje.
  2. Ketika dalam perjalanan, kami mendapat satu lagi nama baru buah Naga (Dragon Fruit) yang di beri nama "Dragon Fly".
  3. Sepatutnya kumpulan Wan Rosli sampai dahulu ke Lukut, tetapi sebaliknya kumpulan kami yang sampai. (Kumpulan 1 diwakili oleh Wan Rosli, Shauki dan Kamaruddin semetara Kumpulan 2 diwakili oleh saya, Ehzam, Norzeri dan Zamzami). Satu kosong.
Sekian sahaja berita dari saya. Sila lihat beberapa klip gambar yang sempat kami rakam di bawah ini. Semoga terhibur.


Kesian adik Ehzam ni. Letih sangat tarik ikan sampai tertidur....


Tengok tu, dapat ikan dua sekali gus. Aksi aje tu, sebenarnya ikan tu ada sorang abang yang bagi. He he he jangan marah ye...



Ehzam ni nak minum ke nak memancing. Kalau ye pun, pandai-pandailah cover...


Kami dah nak bertolak pulang...


Gaya kepenatan...



Inilah suasana matahari terbenam...



Ehzam tengah bagi ceramah bertajuk "Sepetang di tepi pantai Bagan Lalang".


Inilah orang yang bertanggung jawab membawa kami ke Bagan Lalang.


Saya semuanya suka...


Bila masa Zam ambil gambar ni?


Saya ingin aktifkan lagi Kelab Guru SKS untuk tahun 2009.


Jeti tempat ikan dibuang ke darat.



Minum di sebuah restoran yang popular.




Gaya yang menarik.



Di jeti ini boleh memancing percuma.



Apakah nama ikan yang Cikgu Norzeri pegang tu?