Monday 29 December 2008

MEMANCING DI LUKUT, NEGERI SEMBILAN KALI KE-2

Assalamualaikum.

Lepas solat Jumaat di Masjid Setiawangsa, saya dan Wan Rosli terus ke kedai pancing di Sri Gombak. Lebih kurang sejam setengah memillih, kami pun beli set pancing yang baru, persedian untuk ke Lukut.

Aktiviti ini disertai oleh Wan Rosli, Rosli Juhari, Ustaz Shauki, Hanizu dan Abang Atan. Hanizu dan Wan Rosli agak menonjol pada malam itu. Rosli dan Shauki biasa sahaja. Hanizu hampir menawan seekor sotong yang besar tetapi terlepas. Wan Rosli dapat ikan buntal.Tengok kat bawah nanti.

Keseluruhan aktiviti ini amat baik. Kami merasa berpuas hati. Lebih seronok lagi jika kawan-kawan yang lain turut serta. Selepas ini kami bercadang ke laut pula. Harap-harap tak mabuk laut. Petua supaya tak mabuk laut ialah
latih berguling-guling ke depan dan ke belakang beberapa kali dan juga ke kiri dan ke kanan. Petua ini saya dapat dari seorang tentera laut.

Inilah yang dapat kami rakamkan...






































































1 comment:

ezamramlan said...

saya juga ada petua untuk tidak mabuk laut....
1. Jangan minum arak ketika menaiki bot.
2. Jangan ke laut kalau Mabuk.
3. Kalau masa tu mabuk juga... katakan saja tak mabuk pun... jadi otomatik anda terhindar dari mabok laut..
selamat mencuba...