Friday 20 April 2012

DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN

'Di mana dda demahuan, di situ ada jalan' peribahasa ini bermaksud, jika kita mahu melakukan sesuatu, walau bagaimana sukar sekalipun pekerjaan tersebut, kita tetap berusaha untuk melakukannya. Jadikanlah kepayahan sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan.

BAGAI AUR DENGAN TEBING

Peribahasa "bagai aur dengan tebing" bermaksud saling menolong antara satu sama lain. Peribahasa ini boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian. Amalan tolong-menolong dapat mewujudkan suasana muhibah dalam masyarakat.

BUMI MANA YANG TAK DITIMPA HUJAN

Peribahasa "Bumi mana yang tidak ditimpa hujan" bermaksud bahawa setiap orang tidak terkecuali daripada melakukan kesilapan. Peribahasa ini sinonim dengan peribahasa"sedangkan lidah lagi tergigit". Peribahasa ini mengingatkan kita agar kembali ke pangkal jalan setelah menyedari kesilapan diri.