Friday 30 October 2009

HADIAH DARIPADA IBU BAPA


Salam semua, semoga daam keadaan sejahtera dan dilindungi Allah s.w.t.

Dah lama saya tidak menulis. Entah tiba-tiba malam ini rasa lain macam. Tiba-tiba teringin untuk berkongsi dengan semua. Hari ni saya dapat hadiah daripada seorang ibu bapa. Hanya dengan sedikit pertolongan. Saya sungguh terharu dengan hadiah ini. Cantik dan menarik. Saya kurang arif tentang seni, namun saya tahu ianya memang cantik. Selama lebih kurang 12 tahun mengajar, (8 tahun sekolah menengah, 4 tahun sekolah rendah) inilah kali pertama saya mendapat hadiah yang istimewa macam ini. Tumpang seronok ialah anak-anak saya, Irfan (8thn), Ikhwan(6thn) dan Irsyad(2thn).

Dikesempatan ini saya ucapkan terima kasih kepada Encik Shaharuddin dan Puan Diana. Semoga Allah sahaja yang membalas segala ingatan anda. Hadiah ini menyegarkan saya untuk terus menjadi guru yang cemerlang dan memberi sumbangan yang terbaik kepada anak nusa, bangsa dan negara. Penghargaan yang diberikan amat menggembirakan saya dan keluarga. Hati saya terusik. Justeru itu, saya coretkan di blog saya ini sebagai menghargainya.

Terima kasih.

1 comment:

ezamramlan said...

ehmmm beruntungnya cikgu rosli dapat hadiah... memanglah bes dapat hadiah.. silap-silap sampai terbawa dalam mimpi..