Monday 16 February 2009

TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 4A

Assalamualaikum,
Cikgu harap semua anak murid cikgu sudah bersedia untuk menghadapi Ujian Formatif 1 esok. Syabas saya ucapkan kepada murid cikgu yang bernama Syarifah kerana memanfaatkan apa yang cikgu tuliskan di blog ini. Cikgu berharap agar murid yang lain pun boleh ikut macam dia.

Di sini cikgu sertakan latihan menulis berita.

Soalan:
Andaikan kamu seorang wartawan. Kamu ditugaskan untuk menulis berita tentang suatu kejadian bencana alam yang berlaku di tempat kamu. Sediakan berita selengkapnya.


Panduan
Cari keratan berita tentang salah satu kejadian bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh, ribut, dan sebagainya. Kita boleh gunakan isi yang kita baca sebagai panduan, tetapi guna bahasa sendiri untuk mengarang. Murid tidak boleh meniru berita itu secara langsung. Selamat menulis.

1 comment:

Syikin Nan said...

Cikgu, Saya Nur Diyana Mohd Sabri dari kelas 4A. Contoh-contoh karangan di sani sangat bagus. Tolong beri panduan untuk karangan nilai-nilai murni.