Sunday 25 January 2009

SELAMAT BERCUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA 2009

Salam sejahtera.

Selamat bercuti. Saya dan keluarga terpaksa bercuti di KL sahaja kerana anak bongsu saya, Irsyad kena lelah, selsema, demam dan alahan. Saya dan isteri kena jaga secara bergilir-gilir. Cabaran memang hebat, Irsyad kena jumpa doktor 5 kali(3 kali swasta-sedut kahak, 2 kali kerajaan-sedut gas). Hari ini keadaan dia dah stabil. Saya pula demam. Lewat malam, selepas makan ubat, saya kembali bertenaga. Harap-harap esok sihat.

Untuk pengetahuan semua, musim ni memang ramai orang demam. Cuaca di KL sangat panas. Justeru itu, kita digalakkan minum banyak air tapis, atau air masak. Kurangkan pengambilan ais. Ini pesan beberapa doktor yang saya sempat jumpa.

Kepada murid saya, jangan anda leka. Ada baiknya anda semua membaca dan membuat ulangkaji sekurang-kurangnya 2 atau 3 jam sehari. Insyaallah, jika anda disiplin, semua akan berjaya. Jangan lupa juga baca bahan-bahan ilmiah dari internet, surat khabar dan majalah. Ingatlah pendidikan alaf baru ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.

Kepada semua ibu dan bapa, harap dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG SKS Kali Ke 15 pada 7 Februari 2008 bertempat di Dewan Sri Wangsa (Blok D), SK Setiawangsa. Sokongan dan pandangan anda amat kami hargai demi kecemerlangan anak-anak kita.

Sekian.

3 comments:

ezamramlan said...

Harap cikgu Rosli dan Isteri dapat bersabar menghadapi dugaan tersebut... Apapun teruskanlah berdoa... kerana penawar segala penyakit ada pada pada Allah sementara usaha kita adalah perantaranya...
Setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya....

roslijuhari said...

Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

admin said...

Bi Hanaa' Was Shifaa' Moga cepat sembuh..