Thursday, 23 April 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KAJIAN TEMPATAN
































Tugu Peringatan Negara
























Berehat seketika di tepi kolam.



Murid bersantai di tepi kolam













Saya rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.




























Cikgu Azyan dan Cikgu Bibi seronok betul...










































Ini YB mana?







Tugu Peringatan Negara








Orang yang di belakang tu bodyguard Aisyah ke?







Zafeer seronok betul.





Alangkah bertuahnya murid dapat masuk ke dalam Parlimen Malaysia.





Mendengar taklimat daripada Encik Rashid sebelum masuk ke Parlimen

















Murid beratur sebelum masuk ke dalam Parlimen


Menuju ke pusara.



Membaca doa untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Anak-anak ini begitu menghargai permergian pahlawan negara.


Solat zohor di Masjid Negara



Menunggu giliran mengambil wuduk


















Di Planeterium Negara

Masing-masing ingin mencuba sendiri kapal angkasa







Angkasawan-angkasawan Dunia






Aisyah buat apa?




Murid-murid begitu seronok.


Aksi yang menarik
















Pakaian Angkasawan




Muzium Negara












Barisan guru pengiring.
Cikgu Azyan, Cikgu Rosli, Cikgu Panang dan Cikgu Noor Bibi
























































Tuesday, 24 March 2009

PERIBAHASA

Assalamualaikum,

Berikut ialah penerangan tentang jenis-jenis peribahasa. Semoga murid semua akan mendapat sumber pengetahuan. Banyakkan membuat pembacaan dan rujukan Bahasa Malaysia.

Simpulan Bahasa
  • bentuk peribahasa yang paling mudah
  • terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat
  • contoh : ada angin, ada hati, ada bakat, air muka, ajak-ajak ayam batu api banyak mulut, cahaya mata, durian runtuh, gaji buta, harga diri dan lain-lain

Perumpamaan

  1. susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
  2. dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama
  3. contoh :
  • Bagai aur dengan tebing,
  • bagai bulan dipagari bintang,
  • bagai menatang minyak yang penuh,
  • bagai mencecang air,
  • bagai melepas batuk di tangga,
  • seperti anjing dengan bayang-bayang,
  • seperti ayam berak kapur,
  • seperti katak di bawah tempurung,
  • seperti kera mendapat bunga,

Bandingan

  1. bentuk ungkapan yang menggambarkan sifat seseorang atau benda secara bandingan. Bandingan yang gambarkan iru adalah jelas.
  2. contoh :
  • adil seperti hakim,
  • alim seperti ulama,
  • angkuh seperti merak,
  • baik seperti malaikat,
  • bising seperti pasar,
  • cantik seperti bidadari,
  • cerdik seperti kancil,
  • kuat seperti badang,

Pepatah

  • peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya
  • digunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
  • contoh : Berani kerana benar, takut kerana salah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat.

Bidalan

  1. peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.
  2. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
  3. contoh :
  • Alah bisa tegal biasa.
  • Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
  • Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung sampan hanyut.
  • Jauhari jua yang mengenal manikam.

Selamat belajar

roslijuhari@gmail.com