Tuesday 24 March 2009

PERIBAHASA

Assalamualaikum,

Berikut ialah penerangan tentang jenis-jenis peribahasa. Semoga murid semua akan mendapat sumber pengetahuan. Banyakkan membuat pembacaan dan rujukan Bahasa Malaysia.

Simpulan Bahasa
  • bentuk peribahasa yang paling mudah
  • terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat
  • contoh : ada angin, ada hati, ada bakat, air muka, ajak-ajak ayam batu api banyak mulut, cahaya mata, durian runtuh, gaji buta, harga diri dan lain-lain

Perumpamaan

  1. susunan kata-kata yang indah, ringkas, dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat.
  2. dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti, dan umpama
  3. contoh :
  • Bagai aur dengan tebing,
  • bagai bulan dipagari bintang,
  • bagai menatang minyak yang penuh,
  • bagai mencecang air,
  • bagai melepas batuk di tangga,
  • seperti anjing dengan bayang-bayang,
  • seperti ayam berak kapur,
  • seperti katak di bawah tempurung,
  • seperti kera mendapat bunga,

Bandingan

  1. bentuk ungkapan yang menggambarkan sifat seseorang atau benda secara bandingan. Bandingan yang gambarkan iru adalah jelas.
  2. contoh :
  • adil seperti hakim,
  • alim seperti ulama,
  • angkuh seperti merak,
  • baik seperti malaikat,
  • bising seperti pasar,
  • cantik seperti bidadari,
  • cerdik seperti kancil,
  • kuat seperti badang,

Pepatah

  • peribahasa yang berangkap dan terdapat pengulangan kata di dalamnya
  • digunakan untuk menyatakan penegasan, falsafah, atau pengajaran yang hendak disampaikan.
  • contoh : Berani kerana benar, takut kerana salah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat.

Bidalan

  1. peribahasa yang maksudnya tersirat di sebalik susunan kata-kata yang membentuknya.
  2. Bidalan tidak mengandung sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan.
  3. contoh :
  • Alah bisa tegal biasa.
  • Baik berjagung-jagung sementara padi belum masak.
  • Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung sampan hanyut.
  • Jauhari jua yang mengenal manikam.

Selamat belajar

roslijuhari@gmail.com